suria

Akhirnya ada jawapan... ICAO putuskan Rusia bertanggungjawab tembak jatuh pesawat MH17

MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

INSIDEN tembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 terus menghantui waris-waris mangsa yang mahu mengetahui jawapan sebenar mengenai tragedi itu.

Namun pada Isnin, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan Rusia bertanggungjawab atas insiden yang berlaku di ruang udara Ukraine itu.

Kerajaan Belanda menerusi satu kenyataan berkata, ICAO juga akan mempertimbangkan pampasan yang sewajarnya diberikan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Urutan Masa MH17

Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp pula berkata keputusan itu memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang antarabangsa.

"Keputusan ini memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa yang sesebuah negara tidak boleh melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan tindakan," katanya.

Untuk rekod, penerbangan MH17 ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.

Pesawat itu  ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan dilanda ketegangan di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Artikel Lain