suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki jumpa RM76,000 dalam beg sampah ketika kutip pakaian terpakai, jadi miliknya selepas 6 bulan tiada siapa tuntut!

Pengutip pakaian terpakai jumpa duit dalam bungkusan sampah. -Gambar hiasan AI

UMPAMA rezeki terpijak.

Demikian nasib seorang lelaki berusia lingkungan 60-an selepas dia mendapat durian runtuh apabila wang tunai yang ditemuinya dalam beg sampah menjadi miliknya di Geumgok-dong, Incheon, Korea Selatan.

Ia berikutan wang 25 juta won (RM76,000) tersebut tidak dituntut selepas enam bulan dihebahkan kepada umum. 

Menurut Balai Polis Incheon Jemulpo pada Jumaat, lelaki itu menerima 19.23 juta won (RM58,459) pada Ogos selepas cukai dan kos lain ditolak.

Berdasarkan laporan, dia menemukan wang tersebut pada 10 Februari ketika mengumpulkan pakaian terpakai daripada sebuah beg sampah berkapasiti 20 liter berhampiran bangunan kediaman di Geumgok-dong.

Wang tunai itu disembunyikan di bawah pakaian dalam bentuk lima ikatan wang kertas berdenominasi 50,000 won.

Setiap ikatan mengandungi 100 keping wang kertas dan dibalut dengan pengikat Bank of Korea.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki terpijak! Lelaki ‘menyelam’ baju terpakai jumpa RM66,000 dalam beg sampah

Dia kemudian segera melaporkan penemuan tersebut kepada polis.

Dalam usaha mengenal pasti pemiliknya, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran, menjalankan analisis cap jari serta mengunjungi puluhan rumah di kawasan berkenaan.

Notis turut disiarkan menerusi portal kebangsaan barangan hilang dan sebuah akhbar tempatan, namun tiada sesiapa tampil menuntut wang tersebut.

Susulan itu, mengikut Akta Barangan Hilang Korea Selatan, hak milik barangan yang ditemukan berpindah kepada individu yang menjumpainya sekiranya pemilik asal tidak membuat tuntutan dalam tempoh enam bulan selepas notis awam disiarkan.

Selepas tempoh itu tamat, polis menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki terbabit dengan potongan sebanyak 5.77 juta won bagi cukai dan kos penyiaran notis akhbar.

Wang tersebut dikenakan cukai sebanyak 22 peratus sebagai pendapatan lain. -Agensi

Artikel Lain