suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Rakan sempat paut tangan tapi terlepas… Rakaman wanita tergelincir sewaktu mandi air terjun tular

Klip rakaman detik-detik terakhir sebelum mangsa (bertudung hitam) tergelincir dan dibawa arus deras tular di laman sosial.

KEGEMBIRAAN seorang wanita bermandi-manda bersama rakan bertukar tragedi apabila dia tergelincir lalu hanyut dibawa arus deras dalam kejadian pada petang Khamis.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.45 petang, ketika mangsa bersama rakan-rakannya mandi di kawasan atas Air Terjun Robo, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Windy Rahma Putri, 25, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pagi Jumaat.

Maklumat mengenai kejadian itu diterima Badan Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Kelas A Padang daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Limapuluh Kota pada pukul 5.27 petang hari kejadian.

Ketua SAR Padang, Abdul Malik berkata, pasukan SAR segera menggerakkan operasi pencarian dengan tumpuan diberikan kepada kawasan seluas kira-kira 570 meter di sekitar lokasi kejadian.

Operasi itu turut dibahagikan kepada dua unit SAR bagi memperluas kawasan pencarian dan meningkatkan peluang menemukan mangsa.

Usaha berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila mangsa ditemukan pada pukul 10.45 pagi Jumaat.

Mayat mangsa tiba di pos pusat operasi utama pada pukul 11.45 pagi sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk dibawa pulang ke rumah keluarganya di Padang Pariaman.

Terdahulu, klip rakaman memaparkan mangsa yang sedang bermandi-manda bersama rakan-rakannya tular di laman sosial.

Menerusi klip berkenaan, kelihatan mangsa yang memakai baju lengan panjang kelabu serta berseluar dan bertudung hitam sedang berbaring atas batu di aliran air terjun.

Mangsa kemudian tergelincir dan sebelah tangannya sempat dipaut seorang rakan namun gagal menyelamatkannya apabila mangsa terus dihanyutkan arus deras sebelum hilang daripada pandangan. -Agensi

Artikel Lain

Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia