suria

Uyaina umum hamil anak pertama, teruja kali pertama sambut Ramadan sebagai isteri dan bakal ibu

Uyaina dan Raja Syahiran bakal timang cahaya mata pertama.

HAMPIR empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengumumkan bahawa dia kini hamil cahaya mata pertama.

Melahirkan rasa syukur atas nikmat Allah, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia dan suaminya iaitu penyanyi rap Raja Syahiran teruja bakal bergelar ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Uyaina Arshad dah ‘off market’, sah bergelar isteri Raja Syahiran

"Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran dan Uyaina. Insya-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. We are pregnant!

"Syukur pada-Mu Ya Allah. Sejujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can't wait to see you our Little One," kongsi Uyaina.

uyaina 1

Uyaina dan suami teruja menantikan kelahiran anak pertama.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto Raja Shahiran meletakkan kepala di perutnya di laman Instagram pada Sabtu.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Sejujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can't wait to see you our Little One.

UYAINA ARSHAD

PELAKON

Dalam pada itu, Uyaina berharap semua orang dapat mendoakan keselamatannya bersama bayi sepanjang tempoh kehamilan hingga kelahiran.

"Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina serta baby sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti.

"Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin. Ramadan kali in imembawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina.

uyaina 2

Uyaina dan Raja Syahiran bernikah pada Disember tahun lalu.

"Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa. Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini," katanya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur selepas lebih tahun pengenalan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain