suria

Mizz Nina Pilih Jenama Sendiri

Mizz Nina

“APA...? Mizz Nina pakai tudung? Macam tak percaya je?” Itulah antara komen yang kami dengar semasa penyanyi ini membuat keputusan berhijab tidak lama dulu.

Yalah... Siapa sangka, wanita yang selama ini beraksi hebat, ligat  dengan imej yang seksi telah membuat pusingan 360 darjah untuk menukar imejnya apatah lagi selepas pulang mengerjakan Haji pada November tahun lalu.

Maaf! Bukan nak mengipas okey! Tetapi jujurnya pemilik nama Shazrina Azma ini kelihatan lebih ayu dan jelita apabila auratnya ditutup sepenuhnya. Serinya bertambah-tambah. Tak payah mandi bunga ataupun nak bedah muka.

nina 3

Mizz Nina lebih senang tampil memakai jenama pakaian Muslimahnya sendiri iaitu Madeena.

Semasa kami berjumpanya pada majlis perasmian Femes Bazaar yang berlangsung pada 1 Mac lalu, isteri kepada Noh Salleh (Hujan) ini masih lagi kekal bergaya, tetapi dengan imej yang lebih sederhana.

Kata Nina, dia lebih senang tampil memakai jenama pakaian Muslimahnya sendiri iaitu Madeena dan Mizz Demeanor sekali gus dapat mempromosikan rekaan pakaian terbaharu.

"Tidak ada apa yang berjenama pun yang dipakai. Jaket denim ini daripada Mizz Demeanor dan kain labuh bercorak pula merupakan rekaan terbaru daripada Madeena.

"Saya lebih senang dengan gaya sederhana rasanya imej sebegini selesa digayakan apabila sibuk dengan aktiviti harian," katanya.

Beritahu Nina, tudung rona hitam itu juga telah dibeli menerusi kedai online pada dua bulan lalu.

Terus, peminat-peminatnya memberi respons yang dia lebih sesuai menggayakan selendang berbanding jenis-jenis tudung lain.

"Bila peminat suka, saya pun suka, rasa macam nak beli lebih banyak yang pelbagai warna," ujarnya.

 





Mizz Nina, Fesyen, Stail, Hijab.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia