AIK... jangan kata seseorang ustaz tak boleh bergaya ya. Jangan ingat mereka yang kuat pegangan agama tak boleh nak ada stail? Asalkan menutup aurat dan tampil dengan imej yang menarik, ia cukup bagus kerana fesyen itu luas. Kita yang harus pandai memadankan dengan penampilan kita. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bekas juara program Imam Muda iaitu Muhammad Asyraf Mohd Rizuan seorang ustaz yang gemarkan fesyen terkini. Lihat sahaja gayanya ketika menghadiri sidang media teater Projek Kahwin yang diadakan pada 6 Mac lalu. Imejnya cukup santai dengan pemilihan kemeja hitam dan kot dari rona sama dipadankan dengan seluar jean berwarna biru gelap menyerlahkan gaya lelaki berusia 30 tahun ini. "Saya kagum apabila melihat fesyen yang digayakan oleh Wak Doyok dan kadang-kadang teringin juga hendak pakai begitu tetapi rasa macam tidak kena pula dengan saya." Tapi saya sebenarnya memang peminat fesyen dan sentiasa mengambil tahu tentang gaya terkini untuk kaum lelaki," katanya. Imam Muda Asyraf memilih kemeja dan kot hitam selain seluar jean bagi melengkapkan gaya pada majlis pelancaran teater Projek Kahwin baru-baru ini. Bagaimanapun kata Asyraf atau lebih mesra dengan sapaan Imam Muda Asyraf ini, jubah tetap menjadi fesyen kegemarannya terutama ketika pergi ke masjid atau program keagamaan. "Berfesyen itu tidak salah cuma biar kena tempat. Kalau saya berseluar jean ke masjid mungkin tidak kena dan begitu juga sebaliknya," katanya. Malah kata Asyraf, dia juga gemar bermain dengan warna ketika berpakaian dan tidak tertumpu kepada sesuatu rona sahaja. "Seperti hari ini, temanya adalah hitam jadi saya ikut konsep diberikan dan padankan dengan sedikit warna lain pada seluar dan kasut," tambahnya. Kami ada juga memantau berbarapa penceramah agama selebriti yang muncul dengan pelbagai imej. Untuk kuliah di masjid mereka berjubah putih tetapi ketika bercermah dalam rancangan televisyen, imej santai yang ditampilkan memperlihatkan aura luar biasa. Dua imej itu menonjolkan dua stail berbeza. Tak keterlaluan kalau kami katakan, kalau individu seperti ini muncul dalam stail lebih kasual, pasti ada yang akan meleleh air liur memandangnya. Fuh!!! Betulll....