Biarpun mengakui masih belum bertudung sepenuhnya dan sedang berubah secara berperingkat namun harus diakui pesona Fara yang berhijab kelihatan cantik dan menyenangkan.
Tampil dengan jaket bewarna putih dan dipadankan dengan skirt labuh dari rona hitam, stail Fara pada petang itu ringkas namun elegen ditambah dengan pemilihan tudung dari warna krim melengkapkan gayanya pada petang itu.
Penampilannya pada petang itu turut dilengkapi dengan seutas rantai bersaiz besar selain clutch dari rona biru memberi tambah nilai pada gayanya itu.
Jelas Fara, sejajar dengan perubahan tersebut gayanya pada petang itu mendapat bantuan daripada perunding imej yang juga sahabat baiknya, Syed Faisal bagi memastikan dia memilih busana sesuai supaya tidak kelihatan keterlaluan bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.
"Kehadiran Syed sangat membantu dalam saya menentukan imej sesuai mengikut citarasa saya yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan paling penting saya seorang yang suka memakai jaket.
"Syed bijak dalam memadankan dan memilih pakaian sesuai untuk saya dan paling penting ia selesa dan sesuai dengan wanita bertudung," katanya.