suria

Pil Kunyit Anugerah Bongkar Khasiat Kunyit

Anugerah International Sdn Bhd memperkenalkan produk Pil Kunyit Anugerah, sebuah produk untuk kesihatan badan dan membantu mengekalkan kecantikan kulit. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR

KUNYIT sering kali menjadi rempah yang digunakan di dalam masakan dan turut dijadikan sebagai jamu. Malah kita biasa mendengar kunyit dengan nama saintifiknya 'curcuma longa' yang digunakan untuk kecantikan wajah dan kulit.

Membongkar rahsia kehebatan kunyit secara meluas, Anugerah International Sdn Bhd memperkenalkan produk Pil Kunyit Anugerah untuk penjagaan kesihatan dan membantu mengekalkan kecantikan kulit.

Menurut pensyarah yang juga pengkaji herba dari Universiti Oxford di United Kingdom, Profesor Gerard Bodoker berkata, kunyit mempunyai bahan aktif utama dengan nama 'curcumin' yang mampu menguatkan sistem imuniasi atau penahanan badan dari serangan penyakit.

"Curcumin merupakan antara bahan penyembuh terbaik di dunia dalam perubatan tradisional dan moden. Dengan sebiji pil dari ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur," katanya pada taklimat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas mendapati curcumin mempunyai keupayaan anti-oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi penyakit kanser.

Radikal bebas adalah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan.

Dr Bodeker

Profesor Dr Gerard Bodeker.

Menurut salah seorang pasukan penyelidik berkenaan, Dr Thomas Evans, curcumin mengandungi komponen bioaktif polyphenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

"Apa yang lebih menakjubkan tentang curcumin bahawa ia bersifat anti radang dan antioksida yang berkesan untuk mencegah penyakit dan amat baik buat mereka bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum," kata Dr Bodeker.

Selain curcumin yang diekstrak dari kunyit, Pil Kunyit Anugerah turut mempunyai rumusan teh hijau, mengandungi bahan aktif dengan nama 'catechins' yang boleh mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.

Beliau berkata, teh hijau yang merupakan salah satu lagi herba tradisional dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolestrol.

"Malah ia kini menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi," katanya.

Dr Bodeker Buku

Selain menjadi pakar kesihatan dan perubatan tradisional di Asia, Dr Bodeker turut menerbitkan sebuah buku 'Health and Beauty from the Rainforest - Malaysian Traditions of Ramuan'. 

Pil Kunyit Anugerah didatangkan dalam botol yang mempunyai 30 kapsul dan boleh didapati pada harga RM58 sebotol di semua pengedar dan kedai yang menjual produk Anugerah di seluruh negara.

Dr Bodeker merupakan pakar dalam kesihatan dan perubatan tradisional di Asia termasuk China, India, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Beliau merupakan anggota fakulti bagi Projek Asia Tenggara Universiti Oxford.

Menariknya, Dr Bodeker turut menerbitkan sebuah buku mengenai perubatan tradisional di Malaysia yang bertajuk 'Health and Beauty from the Rainforest - Malaysian Traditions of Ramuan' (Kesihatan dan Kecantikan dari Hutan Hujan - Ramuan Tradisional Malaysia).

Beliau kini sedang mengusahakan sebuah buku mengenai ramuan tradisional bagi perubatan Cina.


Artikel Lain