ADA sebab mengapa dikatakan "sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari anda". Selepas bangun daripada tidur selama tujuh hingga sembilan jam tanpa makanan, tubuh anda memerlukan sesuatu yang berkhasiat. Bagi si kecil, sarapan memainkan peranan yang lebih penting. Terdapat begitu banyak kajian yang menunjukkan kesan positif bersarapan kepada prestasi akademik berbanding kanak-kanak yang tidak bersarapan. Jadi, penyediaan sarapan untuk anak-anak (dan diri sendiri) bukan satu tugas yang mudah. Sebahagian daripada ibu-ibu hampir tidak mempunyai masa untuk bersolek, apatah lagi mahu menyiapkan hidangan berkhasiat untuk sarapan keluarga. Bukan itu sahaja, kita semua tahu bagaimana anak-anak boleh menjadi agak cerewet dengan pilihan sarapan mereka. Apa jua cabaran anda yang mungkin dihadapi setiap pagi, jangan bimbang. Kami ingin membantu anda memilih lima sarapan cepat, mudah dan lazat serta yang paling penting si kecil anda tidak akan mengatakan "tidak" kepada sarapan berkhasiat seperti berikut. Secawan yogurt dengan campuran buah-buahan Secawan yogurt boleh menjadi pilihan terbaik yang ringkas dan berkhasiat untuk memulakan hari anda. Ditambah dengan krim serta bahan rangup dan pejal, tentu sekali ia akan memberikan rasa yang enak, selain tekstur seimbang khas buat si kecil anda yang disayangi. Cara membuatnya: Hanya memerlukan secawan yogurt asli dan buah-buahan segar. Anda boleh menggunakan sebarang buah-buahan segar untuk menyediakan hidangan ini, sama ada epal, pear dan oren (ada yang mengatakan nangka dan yogurt adalah kombinasi yang hebat). Selain itu, anda juga boleh campurkan biji bunga matahari, labu dan kepingan jagung, bijian beras atau apa sahaja bahan dengan tekstur rangup dan berkrim. Anda juga boleh letakkan buah-buahan di bahagian atas campuran bersama yogurt itu dan untuk lebih menarik lagi, anda boleh meletakkannya secara berselang seli, bermula dengan yogurt, bahan rangup dan kemudian buah-buahan. Hanya tinggalkan sedikit buah-buahan segar anda untuk menghiasi bahagian atas campuran itu. Jika si kecil anda gemarkan makanan manis (terimalah kenyataan, adakah kanak-kanak yang tidak sukakannya?) anda boleh menggunakan yogurt berperisa, selain meletakkan madu pada campuran itu. Sandwich mentega kacang dan pisang Anda hanya perlukan tiga ramuan bagi menyediakan hidangan ini iaitu dua keping roti, mentega kacang dan pisang. Untuk tambahan anda boleh letakkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Cara membuatnya: Bagi pastikan sandwich anda tinggi dengan serat, anda boleh gunakan roti bijian penuh atau multigrain. Sapukan butter dan mentega kacang di kedua-dua bahagian roti dan kemudian hirisan pisang serta taburkan serbuk kulit kayu manis. Kini anda sedia untuk mulakan hari yang ceria! Bersarapan dengan oat Oat adalah antara sarapan sihat dan berkhasiat untuk semua peringkat usia dan ia boleh disediakan pada waktu pagi menggunakan oat segera. Cara membuatnya: Bagi memastikan rasa oat lebih berperisa, tambahkan pemanis seperti madu atau gula, ditambah pula dengan buah-buahan segar dari peti sejuk anda atau campurkan dengan serbuk minuman sarapan Milo untuk menambah khasiat dan rasa coklat yang lebih enak. Jika anda mahu menarik perhatian si manja untuk menikmati hidangan ini, apa kata hiasi ia dengan campuran berkhasiat buah-buahan segar yang dihiris untuk membentuk mimik senyuman di bahagian atas hidangan. Telur capsicum Hidangan ini bertujuan untuk memastikan anak-anak anda mengambil makanan berprotein dan sayur pada masa yang sama. Cara membuatnya: Apa yang anda perlukan ialah capsicum (pilih warna kesukaan anda), telur dan sedikit bahan perasa. Potong capsicum dan buang biji. Panaskan kuali tidak melekat dan letakkan capsicum. Dengan berhati-hati masukkan telur ke tengah-tengah capsicum tadi. Taburkan sedikit lada, garam atau mana-mana herba pilihan anda dan biarkan ia masak selama 2 minit sebelum dihidangkan dengan roti bakar bijian penuh. Akhir sekali untuk memastikan anak anda mendapat kebaikan penuh daripada sarapan, tambahkan menu ini bersama minuman yang sihat dan berkhasiat seperti Milo sebelum memulakan hari anak-anak anda. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.milo.com.my