suria

5 Makanan Ringan Berkhasiat Ringkas Untuk Waktu Rehat Anak Anda

WAKTU rehat di tengah hari di sekolah mungkin dianggap sebagai waktu bermain oleh anak-anak anda. Tetapi, waktu ini merupakan tempoh penting untuk mengambil makanan ringan yang berkhasiat bagi memastikan anak anda bertenaga sepanjang hari.

Tanpa tenaga yang mencukupi, anak anda mungkin keletihan, sekali gus menempuh hari yang lembab dan tidak bertenaga.

Oleh itu, apabila di waktu pagi, masa menjadi sangat berharga, sama seperti merancang makan ringan yang perlu disediakan pada waktu rehat anak anda.

Anda mungkin mempunyai rutin yang perlu dilakukan pada setiap pagi, apatah lagi mahu menguruskan anak-anak ke sekolah. Namun setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan tidak berkompromi dengan makanan yang diambil oleh anak mereka.

Bagi meringankan beban untuk menyediakan makanan ringan dengan pantas kepada anak anda, kami menyediakan senarai makanan ringkas dan tidak perlu dimasak untuk diberikan kepada anak anda bagi dibawa ke sekolah.

Sandwic tuna dan keju

sandwich

Apa yang anda perlukan untuk menyediakan makanan ini adalah setin tuna, mayonis, kepingan keju dan sayuran seperti tomato, salad dan timun selain roti sebuku roti. Anda mempunyai banyak pilihan makanan bertin di pasar raya pada hari ini.

Anda boleh menggunakan tuna atau makanan bertin lain yang sudah digaul dengan mayonis serta potongan sayur sebagai cara mudah pada setiap pagi untuk menyediakan bekalan sandwic kepada anak anda.

Pisang dan MILO

bananan

Ini ditambah dengan fakta bahawa pisang merupakan sumber terbaik bagi menjana tenaga anak anda. Memakan pisang semasa waktu rehat boleh mengawal kandungan gula dalam darah, membantu penghadaman dan menghalang anak anda daripada lapar sehingga makan rehat seterusnya.

Kandungan kalium yang kaya di dalam pisang, boleh membantu menyalurkan bekalan oksigen ke bahagian otak, sekali gus meningkatkan tahap kecerdasan anak anda. Malah makanan ini lebih mudah disediakan untuk anak-anak kerana anda hanya perlu memasukkan pisang ke dalam beg sekolah mereka. Hanya dengan membungkus sebiji pisang, bergantung kepada saiz sama ada pisang berangan atau dua biji pisang emas, maka makanan ringan untuk anak anda telah disiapkan.

Jangan lupa untuk meletakkan sekotak MILO UHT bagi melengkapkan jumlah pemakanan berkhasiat yang diambil oleh anak anda pada waktu rehat.

Snek bar

granolan bars

Terdapat banyak pilihan snek sarapan yang dijual di pasaran pada hari ini. Pilih sahaja snek yang digemari oleh anak anda dan pastikan pilihan itu merupakan snek rendah gula serta penuhi stok di dapur anda. Sediakan makanan ini kepada anak anda pada waktu pagi kerana cara ini sangat mudah dan mungki memberikan masa beberapa minit kepada anda untuk menyambung tidur.

Selain itu, anda boleh mencampurkan beberapa perisa dan membungkuskan semula dalam bungkusan kecil sebagai bekalan makanan untuk anak anda serta selitkan sekali sekolah susu atau MILO UHT. Anak anda boleh terus memakan campuran itu atau tuangkan MILO UHT ke dalam bekas makanan dan nikamatinya seperti bijirin sarapan.

Buah dan kismis

fruit bowl

Bagi menyediakan makanan ini, anda perlu mengetahui buah kegemaran anak anda, sebungkus atau sekotak kismis dan satu sudu the kayu manis. Potong buah dan campurkannya dengan sebungkus kismis di dalam bekas makanan. Kemudian, taburkan sedikit serbuk the kayu manis bagi membangkitkan aroma makanan tersebut.

Biskut kacang mentega

biskut

Kacang mentega memilik kandungan protein yang tinggi dan merupakan sumber yang bagus bagi menjana tenaga anak anda pada waktu rehat. Cara penyediaannya amat mudah iaitu berikan anak anda biskut kacang mentega yang berkhasiat yang tidak bergula atau kurang bergula. Sapukan kacang mentega itu pada biskut kosong dan apitkannya dengan sekeping lagi biskut sehingga ia kelihatan seperti sandwic.

Sarapan mudah dan berkhasiat ini juga membolehkan anak anda berkongsi dengan rakan mereka, tetapi pastikan anda menyediakan bekalan yang mencukupi.

Ibu bapa yang sentiasa memastikan anak mereka bertenaga boleh membantu kanak-kanak kekal fokus dan cerdas sepanjang hari. Makanan ringn ini hanya mengambil masa maksimum selama lima minit untuk disiapkan, sekali gus meringankan beban anda di waktu pagi yang sarat dengan perkara lain yang perlu diuruskan.

Jika semua idea ini tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan minuman berkhasiat dan bertenaga seperti MILO UHT di dalam beg sekolah anak anda untuk memastikan mereka mendapat jumlah tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari milo.com.my.

Artikel Sebelum

Membina Golongan Berbakat

Artikel Lain