MENYEDARI kebaikan dan kelebihan madu lebah yang menjadi amalan Rasullullah SAW dalam membantu menyembuhkan pelbagai penyakit, selain mencantikkan kulit wajah akhirnya telah membawa kepada lambakan produk berasaskan manisan itu di pasaran dalam dan luar negara. Potensi dalam pemasaran makanan sunnah itu yang semakin meluas turut mendorong kepada pengeluaran Madu Asli Arab As-Sehah, yang dihasilkan daripada madu lebah liar 100 peratus tanpa campuran. Madu Asli Arab As-Sehah yang diimport dari Mesir ini baharu sahaja menerokai pasaran di Malaysia dan ianya dijamin tinggi khasiatnya kerana dihasilkan dari lebah liar yang menghisap pelbagai sari tumbuhan terutamanya di kawasan pergunungan padang pasir di negara timur tengah tersebut. Berbeza dengan produk madu lain, madu asli keluaran syarikat Bumiputera ini mempunyai kandungan air yang rendah iaitu kurang daripada 15 peratus, jadi tahap kepekatannya lebih tinggi dan lazat. Menurut kajian, semakin rendah kadar air sesuatu madu, semakin tinggi kualiti dan khasiatnya. Kandungan sukrosa yang rendah iaitu kurang lima peratus menjadikan madu asli ini sebagai sumber gula alternatif kepada pesakit diabetes dan buah pinggang. Pengambilan madu asli ini secara berterusan boleh membantu pesakit tersebut mengawal kandungan gula dalam darah. Selain digunakan sebagai rawatan alternatif kepada penyakit tertentu, khasiat madu asli turut memberi manfaat kepada kecantikan dan kesihatan kulit. Jika sebelum ini anda bergantung kepada pil kecantikan untuk kekal cantik tetapi kesannya masih belum memuaskan, apa kata cuba amalkan pengambilan madu asli ini setiap hari. Tiga jenis produk Madu Asli Arab As-Sehah yang boleh didapati di toko jamu dan farmasi seluruh negara. Mengenai amalan madu asli, pengambilannya setiap hari boleh membantu menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, muda dan halus secara semula jadi. Malahan, dalam perubatan tradisional, madu asli berupaya menyembuhkan luka terbakar pada kulit. Jika luka itu disapu dengan madu, ia dapat mengurangkan rasa sakit dan mencegah berlakunya pengelupasan serta melindungi daripada jangkitan kuman. Malah, pengambilan madu terutamanya pada waktu sahur amat digalakkan kerana ia dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh. Dengan itu, sepanjang Ramadan ini, anda boleh gantikan tabiat minum kopi pada waktu sahur dengan segelas air suam yang dicampur madu untuk kekal sihat dan bertenaga. Khasiat madu asli sudah dibuktikan dalam beberapa kajian yang dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari berupaya mencegah pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup. Selain memiliki aroma yang enak yang mampu meningkatkan selera, khasiat madu diperkuatkan dengan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi "Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat". Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat". Testimoni pengguna Madu Asli Arab As-Sehah. Sebagai testimoni, salah seorang penghidap kencing manis yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Mat dari Kuala Terengganu mengakui keberkesanan produk madu asli ini dalam menyembuhkan luka pada kakinya, terutama kuku ibu jari kaki kanannya. "Alhamdulillah selepas mengamalkan cucian luka di kaki dengan Madu Asli As-Sehah, luka tersebut semakin baik dan mulai kering," katanya. Beliau berkata, penyembuhan luka juga amat cepat tanpa meninggalkan parut dan tiada lagi rasa sakit di bahagian tersebut. Pengalaman yang dialaminya mendorong beliau untuk memastikan Madu Asli As-Sehah sentiasa diambil dalam pelbagai cara bagi menjamin kesihatan diri yang berpanjangan. Malahan, harganya yang berpatutan dan mudah didapati juga membolehkan beliau mewar-warkan khasiatnya kepada ahli keluarga serta sahabat kerana menganggap ia sangat berbaloi. Produk Madu Asli As-Sehah seberat 375 gram yang dibotolkan secara mesra pengguna dijual pada harga RM25 dan boleh didapati di toko jamu dan farmasi di seluruh negara. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian 017-272 8866.