TAHUKAH anda bahawa kolagen dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia. Namun disebabkan faktor umur, cuaca dan tekanan menjejaskan penghasilan kolagen. Untuk mengatasi masalah itu, madu asli merupakan sumber terbaik (booster) bagi penghasilan kolagen dalam badan manusia. Maka tidak hairanlah wanita Arab memiliki kulit yang cantik dan gebu pada usia lewat atau pertengahan. Ingin tahu rahsia mereka, mudah sahaja dengan mengamalkan pengambilan madu sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian. Jika masih tercari-cari madu asli terbaik, Madu As Sehah antara yang wajib dicuba kerana menawarkan pelbagai khasiat dan dibotolkan secara mesra pengguna. Selain diproses menggunakan madu berkualiti tinggi yang diimport dari negara timur tengah, Madu As Sehah juga dijamin halal dan berbaloi untuk wang anda. Khasiat yang ada pada madu menjadikan ia sebagai bahan utama dalam penghasilan kosmetik sehinggalah ke produk antiseptik. Berikut merupakan petua penggunaan madu dalam aspek kesihatan dan kecantikan: 1. Bertindak sebagai pembersih: Orang yang memiliki masalah jerawat teruk dan kulit kering boleh menggunakan madu sebagai pembersih. Campur madu dengan air suam dan gunakan untuk mencuci muka. Ratakan pada kulit anda selama beberapa minit, atau biarkan selama beberapa saat sebelum dibasuh dan dilembabkan. 2. Merawat kulit cerah: Kulit cerah dan gebu merupakan impian setiap wanita. Inginkan kulit sebegitu, mudah sahaja dengan mencampurkan susu, madu dan zafran. Amalkan minum pada waktu pagi dan malam. Petua ini sesuai untuk ibu mengandung yang inginkan anak berkulit cerah. 3. Menyuburkan/membersihkan rambut: Bagi anda yang inginkan rambut sihat dan berkilau, campurkan madu dan air buah zaitun. Lumur di atas rambut dan biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. 4. Memelihara kecantikan luaran dan dalaman: Wanita arab mengamalkan madu asli untuk kecantikan dari hujung kaki ke hujung rambut. Madu asli di amalkan dengan campuran pelbagai herba, untuk mempercepatkan tindak balas herba pada badan. 5. Penawar batuk dan radang tekak: Madu dipercayai berupaya sebagai ubat untuk meredakan batuk. Campurkan madu dengan jus lemon, minum waktu pagi sebelum sarapan bersama air suam. 6. Meningkatkan tenaga batin: Terdapat pelbagai amalan bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Penyediaan paling mudah dengan mencampurkan madu asli bersama dua biji telur ayam kampung. Amalkan setiap pagi selama seminggu dan anda pasti kagum dengan tenaga yang dimiliki.