suria

Amanah Saham Gemilang Untuk Pelaburan Jangka Panjang

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad ketika taklimat prestasi PNB baru-baru ini.

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2017 bagi Amanah Saham Gemilang (ASG) yang terdiri daripada tiga dana iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan, masing-masing sebanyak 4.5 sen, 4.25 sen dan 5.15 sen seunit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, prestasi dana bagi tahun kewangan semasa terjejas disebabkan ekonomi yang mencabar, terutama pada pasaran ekuiti domestik Malaysia yang ditekankan oleh keadaan geopolitik global, harga komoditi rendah dan kejatuhan nilai ringgit yang berpanjangan.

Persekitaran pasaran yang tidak begitu baik memberi kesan besar ke atas dana apabila ekuiti domestik membentuk sebahagian besar portfolio dana pelaburan.

Walaupun prestasi pasaran menyaksikan penurunan hampir sepanjang tahun kewangan baru-baru ini, kesemua dana tersebut secara konsisten mengatasi penanda aras dalam tempoh 10 tahun lepas.

Sejak diperkenalkan pada Mac 2003, dana-dana ini juga mengisytiharkan agihan pendapatan yang kompetitif, dari 4.25 sen sehingga 7.30 sen seunit.

Mengikut tahun penilaian, unit dalam edaran (UIC) daripada dana meningkat sebanyak 64.3 peratus kepada sejumlah 3.1 bilion unit. 

Ia menunjukkan daya tarikan dana apabila pelabur-pelabur mencari pelaburan berisiko rendah dan sederhana dengan agihan pendapatan yang kompetitif. 

PNB juga percaya sebahagian besar langganan dana mempengaruhi peningkatan jangkaan terhadap penambahbaikan pasaran berikutan pelabur percaya prestasi pasaran terus meningkat, yang boleh mengambil kesempatan daripada harga rendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan harapan ia dapat memulihkan pasaran.

Melangkah ke hadapan

Pertumbuhan ekonomi global menunjukkan peningkatan positif sejak awal tahun ini, sekaligus memberi kesan baik kepada pasaran tempatan.

Dalam pada itu, PNB sedang meningkatkan kepentingan syarikat-syarikat pelaburannya dalam usaha untuk meningkatkan perolehan korporat bagi ekuiti domestiknya. 

Menurut Abdul Wahid, walaupun beberapa risiko disebabkan faktor luaran, prospek ekonomi Malaysia pada 2017 masih memberangsangkan, mencerminkan kepelbagaian ekonomi dan dasar kerajaan yang akomodatif.

Abdul Wahid berkata, prospek ringgit yang stabil, aliran masuk matawang asing positif serta kestabilan pasaran merupakan antara faktor utama yang memacu prestasi positif pasaran saham domestik setakat ini. 

“FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 31 Mac 2017 ditutup pada 1,745.75 mata, meningkat sebanyak 6.3 peratus berbanding 1,636.94 mata awal tahun ini,” tambahnya.

ASG dilancarkan pada 17 Mac 2003, bertujuan untuk menawarkan pulangan pelaburan yang memenuhi tiga objektif utama perancangan kewangan, iaitu pendidikan, kesihatan dan persaraan.

Oleh itu, pelabur digalakkan untuk memegang pelaburan bagi jangka sederhana serta panjang bagi membolehkan dana-dana tersebut menjana pertumbuhan jangka panjang dan pulangan yang berpatutan. 

Ketua Penyelidik MIDF, Zulkifli Hamzah menjangkakan pasaran saham tempatan memberikan prestasi yang jauh lebih baik pada 2017 selepas tiga tahun prestasi yang kurang memberangsangkan.

"Salah satu daripada pemacu utama pasaran adalah pulangan dana asing kerana beberapa bank pelaburan global menunjukkan sambutan yang positif terhadap ekuiti Malaysia," katanya kepada StarBiz.

Beliau berkata, prospek kenaikan harga di pasaran Malaysia disokong oleh sasaran pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, ringgit di bawah paras nilai sebenar  dan pelbagai amalan korporat bernilai positif.

Pasaran saham tempatan bertambah lebih daripada 6.8 peratus sejak awal tahun ini.

Menurut PNB, ia menjangka dana ASG terus menunjukkan prestasi lebih baik berbanding penanda arasnya, di mana telah dicapai firma pelaburan itu dalam tempoh 10 tahun lepas.

PNB, Wahid, ASG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Sayonara' Tora Aman

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan