suria

Cetakan Floral Penarik Koleksi Terbaharu 'dressingpaula'

Antara koleksi terbaharu jenama dressingpaula untuk musim bunga/panas 2014 yang dilancarkan baru-baru ini. Foto RICKY LAI.

TEMA lembut dan girly selain ringkas menjadi penekanan kepada koleksi terbaharu jenama dressingpaula menerusi pelancaran Edisi Musim Panas iaitu sambungan kepada koleksi Musim Bunga/Panas 2014.

Edisi Musim Panas ini memperkukuhkan lagi gaya dan dinamik yang ditampilkan, dengan pengenalan kepada keremajaan dan kepolosan cetakan floral yang dipancarkan daripada busana seorang wanita.

Cetakan floral pada gaun pendek dari rona putih cukup ringkas dan elegan.

Peminat jenama ini boleh menjangka untuk melihat banyak mainan renda, kaitan bertekstur dan jahitan tepi kontra yang dipadankan dengan rona gula-gula kapas untuk gaya lembut dan polos.

Malah pemilihan warna-warna lembut seperti biru cair, buih ombak, putih, coral, raspberi dan ungu cair memperlihatkan kesegaran dan menepati citarasa peminat jenama tersebut.

Gabungan jaket bercetak, blaus putih dan seluar dari rona biru memberikan kesegaran pada koleksi musim bunga/panas dressing paula.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran dressingpaula, Tan Ai Lee berkata, koleksi terbaharu itu menepati citarasa kaum wanita apabila ia membawa simbolik kebebasan dan tenaga kepada si pemakai selain pemilihan fabrik yang selesa dipakai.

"Cetakan floral dari dulu lagi sentiasa buat wanita rasa lebih elegean dan anggun, sejajar dengan jenama kami. Jadi kami teruja dengan koleksi terbaru ini," katanya.

Malah kata Tan, Edisi Musim Bunga/Panas 2014 itu juga turut berinsipirasikan daripada pakaian sukan dan elegan yang menampilkan kemeja pendek, skirt berlisu, jaket tweed, skirt panjang bercetak, skirt panjang berlisu, jaket bercetak dan kemeja jarang dengan sentuhan anggun.

Pada majlis pelancaran itu juga, selebriti terkenal seperti Elaine Daly, Daphnie Iking, Atilia Haron, dan Julie Woon yang hadir mengayakan jenama dressing paula.

dressingpaula.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain