suria

Hijab Universal Daripada Avilia di SOUQ mStar

SETIAP tahun Hari Hijab Sedunia disambut pada tanggal 1 Februari dan bersempena dengannya, Nazma Khas, warga Amerika Syarikat kelahiran Bangladesh, menampilkan ilham menarik sebagai dorongan kepada wanita Islam dan bukan Islam untuk mengenakan hijab pada hari berkenaan.

Objektif utama cetusan idea itu juga bagi menepis mitos dan kontroversi mengenai hukum yang ditetapkan Islam untuk setiap kaum hawa supaya menutup rambut sebagai aurat wanita dengan berhijab.

Tampil menyokong idea sempena hari istimewa itu adalah pemilik butik Avilia, Noramiliawati Mohamad Nor yang menganggap pemakaian 'selendang sedia pakai' memudahkan lagi wanita untuk mengenakan tudung tanpa memerlukan masa yang panjang. 

Selendang keluaran Avilia dilengkapi dengan mutiara dan batu swarovski.

"'Selendang sedia pakai' ini sangat menjimatkan masa, terutamanya bagi wanita bekerja yang sentiasa sibuk. 

"Walaupun ringkas ia tampil elegan, kerana selendang keluaran Avilia dilengkapi dengan mutiara dan batu swarovski," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, wanita muda ini berkata, sambutan Hari Hijab secara tidak langsung mampu menggalakkan lebih ramai wanita muslimah dan bukan muslim memakai tudung untuk tampil lebih sopan.

Memulakan bisnes menjual pakaian muslimah sejak 2013, Noramiliawati yang lebih mesra dengan panggilan Amilia berkata, idea untuk membuka butik pakaian muslimah timbul dek kerana minat yang mendalam bidang fesyen. 

Sekaligus menyebabkan dia nekad untuk mengusahakan butik pakaian muslimah tersebut bersama rakan baiknya, Yulia Fitriyanti Asril.

Selendang keluaran Avilia boleh mudah dibentuk kerana fabriknya diperbuat daripada kain sifon.

Bercerita lanjut mengenai selendang sedia dipakai, Amilia berkata, mereka menawarkan potongan harga yang cukup istimewa untuk penggemar selendang. 

"Untuk tahun ini, kami menawarkan harga yang istimewa iaitu serendah RM50 dengan pilihan warna pastel dan terang untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. 

"Fabrik yang digunakan guna jenis sifon yang mudah dibentuk, nampak beralun dan sesuai digayakan untuk majlis formal, keraian mahupun kasual," katanya. 

Selain selendang sedia dipakai, butik Avilia turut menawarkan gaun muslimah yang dapat menyerlahkan lagi keayuan seseorang wanita. 

"Gaun muslimah kami diperbuat daripada fabrik jenis 'dull satin' yang sejuk dan sesuai dipakai dengan cuaca panas seperti di negara kita. Rekaan dress ini cukup ringkas namun ia kami menjahit renda (lace) di bahagian siku gaun berkenaan agar ia nampak lebih eksklusif dan menarik. 

"Usah bimbang mengenai harga kerana untuk tahun 2015 juga kami memberikan potongan harga daripada RM110 kepada RM99," katanya. 

Bagi mereka yang meminati rekaan terkini yang ditampilkan oleh Avilia, anda boleh melayari laman web,  http://souq.mstar.com.my/ dan penghantaran adalah percuma. 

Artikel Lain