HARI Wanita Antarabangsa akan disambut pada Sabtu, dan kami menyambutnya dengan menggambarkan wanita Malaysia dengan peranan dan latar yang berbeza. Kami berharap untuk menyiarkan gambar-gambar positif mengenai wanita ini sebagai hero menerusi kisah mereka sendiri. Wanita-wanita ini telah melakukan sesuatu yang bermakna untuk mereka dan orang lain. Idea di sebalik projek ini adalah kami dapat mengubah gambaran mengenai wanita menerusi imej-imej yang disiarkan. Jurufoto The Star telah merakamkan wanita-wanita ini menerusi lensa kamera mereka dalam kehidupan seharian sejak beberapa minggu lepas. Dan kami juga telah mencari gambar-gambar yang dapat memberikan inspirasi. Selain daripada imej-imej, kami akan meneruskan penghargaan kepada golongan wanita untuk selama 100 hari. Kami akan memuat naik gambar-gambar dan kisah-kisah wanita Malaysia secara dalam talian di thestar.com.my dan juga platform media sosial kami. Kami juga mengalu-alukan anda untuk menghantar gambar-gambar wanita yang memberikan insipirasi kepada anda. Kirimkan gambar-gambar dengan resolusi tinggi ke [email protected] dengan tajuk 'I Am Woman'. Sila sertakan nama subjek, umur, pekerjaan dan penerangan ringkas, serta butiran contact anda. Rupa Anurendra, 15, Pelajar - Menterjermahkan minat muzik 'di semua tempat', Rupa meminat muzik rock alternatif, runit bunyi filem, techno R&B... dan Joni Mitchell. - SAMUEL ONG / THE STAR Aunty Mary, 74, Pecinta haiwan - Bekas Miss Penang Trade Fair 1963 memberikan makanan kepada lebih 60 anjing terbiar di kawasan kejiranannya di Kuala Lumpur setiap hari. - K.K. SHAM / THE STAR Ustazah Che Jah Hussin, 61, Guru agama - Ustazah Che Jah mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak di kediamannya di Taman Beringin, Kuala Lumpur. - M. AZHAR ARIF / THE STAR Zulaikah Norziana Nasser, 11, Pelajar - Zulaikah merupakah pemain golf nombor tiga bagi kategori di bawah 12 tahun. Beliau turut menjadi kapten bagi pasukan sorak di sekolahnya. - ART CHEN / THE STAR