BUKU berjudul 'The Shadow Of Me' merupakan karya terakhir yang dihasilkan Azlena Abdul Hamid hanya seminggu sebelum beliau dijemput Ilahi. Meskipun pada ketika itu Azlena sudah tidak berdaya dan berkerusi roda, beliau yang terpaksa menggunakan satu jari kiri dan kanannya untuk menaip, tetap kental menggunakan saki baki kudratnya bagi menyempurkan nukilan ini.