Pakar pemakanan berpendapat, adalah lebih baik buah-buahan menjadi makanan pembuka selera sebelum menjamah hidangan utama dan ia elok diamalkan ketika berbuka puasa nanti.
Salad Buah-Buahan
Bahan:
1 biji mangga masak
1 biji buah oren
2 biji pisang
1 biji epal hijau
1 cawan tembikai
1 sudu besar jus limau kasturi
Secubit garam
Cara:
Potong buah-buahan menjadi bentuk dadu. Campurkan buah-buahan tersebut bersama jus limau kasturi. Simpan di dalam peti sejuk kira-kira setengah jam sebelum berbuka puasa untuk tambah enak dan menyegarkan.