suria

Ayam Goreng Madu

Ayam Goreng Madu
ANEKA  jenis ayam goreng boleh didapati dipasar pasar malam apatah lagi sepanjang bulan ini banyak bazar Ramadan yang beroperasi untuk memenuhi permintaan ramai.


Bagaimanapun, hidangan Ayam Goreng Madu jarang dijual di bazar Ramadan, jadi apa kata anda sendiri sediakan juadah ini buat pembuka selera ketika waktu berbuka dan sahur nanti.

Ayam Goreng Madu

Bahan:
1/2 ekor ayam-potong ikut selera anda
1 inci kunyit - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
3 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar madu

Cara:
Perapkan ayam dengan kunyit, halia, bawang merah dan putih, serai, serbuk cili, madu dan kicap manis. Perap selama 1-2 jam(lagi lama lagi rasa meresap) gorengkan sehingga ayam masak(dengan api perlahan) angkat dan gaulkan dengan madu lagi untuk kelihatan berkilat dan madu yang lebih terasa siap dihidang
Ayam Goreng Madu

Artikel Berikut

Artikel Lain