suria

Puding Gula Hangus Koktel Buah

Puding Gula Hangus Koktel Buah
PUDING sebagai pencuci mulut selepas selesai berbuka puasa atau dijadikan hidangan sewaktu melihat perlawanan bola sepak Piala Dunia. 

Lebih sedap jika dihidangkan ketika ia dalam keadaan sejuk kerana kelazatan serta aroma haruman telur dan vanilla menambah selera anda. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.

Puding Gula Hangus Koktel Buah

Bahan:
1⁄2 cawan gula (dicairkan dalam loyang yang hendak dikukus)
1 tin susu cair
1 tin koktel buah-buahan (asingkan air dan isi)
5 biji telur
1⁄2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan tepung kastad

Cara:
Panaskan kukusan. Gaul rata semua bahan kecuali gula dan isi fruit cocktail dan tapis. Sementara itu cairkan gula di dalam loyang hingga kekuningan. Masukkan adunan ke dalam loyang gula tadi.
Tutup loyang dengan plastik glaze nipis dan kukus selama 1⁄2 jam.
Sejukkan kemudin terbalikkan dalam pinggan besar. Taburkan isi koktel buah-buahan dan sejukkan.

Puding Gula Hangus

Artikel Sebelum

Ayam Goreng Madu

Artikel Berikut

Artikel Lain