Resipi dibawah mungkin membuatkan anda ingin cuba menyediakan sendiri biskut ini untuk keluarga dan tetamu di Aidilfitri
Bahan:
1 cawan kacang dikisar halus
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak
4 cawan tepung
kuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)
Cara:
Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati. Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut.
Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak.