SELEPAS menikmati hidangan yang berat terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri, apa kata akhirinya dengan puding aiskrim Oreo. Bukan saja mudah disediakan, ia juga pastinya menjadi kegemaran keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai yang bertandang ke rumah. Bahan-bahan: 1 paket agar-agar tali 1 tin susu cair 1250 ml air 100 gram gula 2 biji telur 1 bungkus biskut Oreo Aiskrim - perisa vanila sedikit esen vanila Cara Penyediaan: Basuh agar-agar tali kemudian masak bersama 1250 ml air diatas dapur dengan api sederhana. Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan. Oreo dikisar dalam pengisar kering. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati. Kemudian masukan oreo yang dikisar. Kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api. Sejukkan di dalam acuan ataupun loyang. Dah beku bolehlah dipotong.