Ia mudah dan cepat disediakan. Malahan, ia sesuai dihidangkan kepada tetamu yang hadir ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anda nanti.
Bahan-bahan:
200 gm isi kerangBahan untuk di kisar(bahan A)
3 senduk cili kisar
5 biji bwg kecik
sebijik bwg merah sederhana.
5-6 ulas bawang putih
sedikit halia
Bahan-bahan lain:
1 biji bawang kuning hiris bulat2
Garam dan gula secukup rasa
1/2 inci belacan
1 batang serai di titik
sedikit santan
perahan jus asam jawa
sedikit sos tiram
sos cili
sos tomato
Cara Penyediaan:
Kerang dibersihkan, dan dicelur seketika di dalam air panas mendidiih, kemudian di kopek kopek dan di ambil isinya.
Kisar bahan A.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan
Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai tiik sehinga naik minyak.
Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato ,kacau hingga sebati.
Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah, jangan terlalu kering.
Rasa dan matikan api. Sedia dihidangkan.