suria

Spageti Oglio Olio

JIKA ada yang inginkan hidangan berasaskan pasta untuk memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri di rumah anda, apa kata cuba resipi spageti Oglio Olio ini.

Ia merupakan hidangan tradisi Itali yang mudah dan cepat disediakan.


Bahan-bahan:

1 bungkus pasta Spaghetti (rebus dan tos)

Udang/Sotong/Lala (1 jenis seafood sudah memadai)

1 tin button mushroom (potong belah 4)

2 biji lada benggala berlainan warna (potong dadu)

1 biji bawang holland (potong dadu)

1 sudu besar lada hitam (kisar)

5 ulas bawang putih (kisar)

Cili kering (untuk dipotong serong-optional)

Sos tiram

Cuka

Knorr ikan bilis

Italian herbs (optional)


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak.

Tumis bahan kisar dan knorr ikan bilis hingga naik bau.

Masukkan sedikit sos tiram, sedikit cuka.

Masukkan seafood, button mushroom, lada benggala, bawang holland dan cili kering.

Masukkan garam secukup rasa. Kacau bahan-bahan hingga masak.

Masukkan pasta. Kacau pasta hingga sebati dengan semua bahan.

Taburkan italian herbs jika mahu.

Jika kelihatan kering, letakkan sedikit olive oil.

spageti oglio olio

Artikel Berikut

Artikel Lain