suria

Puding Cincau

TIDAK lengkap juadah berbuka puasa anda tanpa puding sebagai hidangan pencuci mulut. Untuk penyediaan yang ringkas, apa kata cuba resipi puding cincau ini.

BAHAN 

2 cawan cincau-cincang kasar
1 ½  sudu besar agar-agar serbuk
1 tin susu cair
1 cawan santan 
1 tin susu pekat
1 cawan air

CARA MENYEDIAKAN

1. Cincau yang dicincang diletakkan dalam loyang.

2. Masukkan bahan cecair dan serbuk agar-agar  dalam periuk dan didihkan. Sekadar ia mendidih sudah cukup. Kemudian tuangkan di dalam loyang berisi cincau. 

3. Biarkan ia mengeras.


puding cincau

Artikel Lain