suria

Sambal Perantau

SESUAI dengan namanya, sambal perantau boleh disediakan sendiri oleh si bujang yang tinggal berjauhan dari keluarga. Menu mudah dan ringkas ini mampu membangkit selera sama ada sewaktu berbuka atau bersahur.

Bahan-bahan

½ kg paru-rebus & goreng
Tempe-goreng
Tauhu-goreng

Bahan A

1 tangkai daun kari
15 tangkai cili kering-gunting halus
2 labu bawang besar-hiris
Garam dan gula
Minyak
7 ulas bawang putih-hiris

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili kering hingga garing.

2. Sewaktu menumis taburkan sedikit garam dan gula. Setelah semuanya garing masukkan bahan-bahan goreng dan gaul sebati.

Artikel Berikut

Artikel Lain