suria

Bebola Cornflakes

Gambar hiasan: Bebola cornflakes.
JIKA mudah dihasilkan seperti resipi ini, apa kata diajak si kecil bersama-sama untuk menyediakan biskut ini.

Bahan:

100 gm mentega

100 gm gula castor

250 gm buah kurma - dipotong kecil

500 gm cornflakes

250 gm kelapa kering

190 ml susu pekat manis 

1 sudu teh esen vanila

secubit garam

Cara:

Pukul mentega dan gula selama lima minit. Masukkan buah kurma, cornflakes, kelapa kering dan garam dalam mangkuk. 

Tuangkan susu pekat manis dan esen vanila di dalamnya. Perlahan-lahan gaulkan mentega dan gula yang dipukul hingga sebati. 

Bentukkan bebola dan aturkan di atas tin pembakar. Bakar hingga kekuningan dengan kepanasan 120C selama 15 minit.

bebola cornflakes

Artikel Sebelum

Bubur Mee

Artikel Berikut

Kepah Goreng Pedas

Artikel Lain