MENGHIDANGKAN juadah yang menyelerakan untuk tetamu pastinya suatu kemestian untuk tuan rumah supaya ia menjadi memori indah untuk semua di Aidilfitri. Bahan: 1 kg mee kuning - celur dan toskan Taugeh - buangkan kaki/akarnya Bawang goreng fish ball/fish cake - dicelur dan dipotong Bahan Hiris: Tahu - digorong dan potong dadu Daun bawang & daun sup Cili merah Limau kasturi/limau nipis Bahan Kuah: 1/2 kg ayam - potong kecil 200 gm udang semangkuk isi kerang - direbus 2 sudu besar cili mesin 3 sudu besar rempah kari 5 cawan santan - diperah dari 1 biji kelapa 2 kuib ikan bilis minyak garam Bahan mesin untuk tumis: 4 batang serai 1 inci halia 2 tangkai daun kari 1/2 inci lengkuas 5 ulas bawang kecil 2 ulas bawang putih Cara: Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biarkan naik minyak. Masukkan ayam, udang, kerang dan santan, biarkan reneh sehingga naik minyak. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi atau siapkan sambal cili kicap.