Kepala ikan Jenahak (boleh tukar ikan lain mengikut citarasa)
5 ulas bawang putih (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
2 genggam cili kering (kisar)
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
3 helai daun kunyit
5 helai daun limau
5 batang serai (dititik)
5 sudu minyak masak
Cara Penyediaan:
1- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing. Masukkan cili kisar, masak sampai garing. Boleh juga dimasukkan sedikit air.
2- Selepas cili masak, masukkan air asam jawa.
3- Masukkan daun kunyit, daun limau, serai dan serbuk parasa. Masak hingga mendidih.
4- Masukkan kepala ikan. Tunggu hingga mendidih dan asam pedas sedia untuk dihidangkan.
Resipi sumbangan: Restoran Asam Pedas Hajah Mona, Melaka.