FILLET Ikan Tempura Lada Hitam Pacific West Bersama Kari Sayur Thai. Bahan-bahan: 1 pek Fillet Ikan Tempura Lada Hitam Pacific West 425g 2ml minyak bijan 2 ulas bawang putih - dicincang 20 gram halia - dicincang 100 gram Cendawan 150 gram lada merah 100 gram brokoli - dicelur 100 gram lobak 50 gram kubis ½ cawan pes kari merah Thai 20ml kicap soya 20ml sos ikan 1 tin santan 20 gram Serai - dihiris 20 gram daun basil 20 gram daun pasli Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan serai yang dicincang. 2. Masukkan lada merah, lobak, brokoli, cendawan dan kubis serta ¼ cawan air. Gaul rata dan masak dengan api yang tinggi sehingga air menyejat dan kubis lembut. 3. Masukkan pes kari Thai, kicap soya dan sos ikan. Gaul rata dan reneh sehingga pekat sos. Masukkan santan. 4. Potong daun basil dan daun pasli. Campurkan ke dalam kuali. 5. Goreng Fillet Ikan Tempura Lada Hitam Pacific West sehingga perang keemasan. 6. Hidangkan kari sayur Thai di atas pinggan dan letakkan filet ikan di atas. Anda juga boleh saksikan demo masakan di sini http://bit.do/FishFryDay1