KEBIASAANYA ayam goreng dimakan bersama sos cili sebagai penambah rasa tetapi di Familia Fried Chicken (FFC), ayam goreng dihidangkan bersama sos keju yang pastinya lazat. Tidak cukup dengan itu, empat pemuda yang mengusahakan FFC hanya mengenakan bayaran sebanyak RM2 bagi setiap ketul ayam. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelazatan ayam goreng di FFC, ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar TV, Muhammad Adnan.