SADO atau abang ketak. Istilah biasa anak muda kini dalam menzahirkan sesorang yang berbadan sasa dan maskulin. Sekarang ini pun dah ramai yang mengimpikan gelaran sado. Mula dengan bersenam dan angkat berat di gim. Tapi tak cukup dengan hanya senaman, individu yang mengimpikan badan cantik ini perlulah juga mengamalkan pemakanan sihat. Tercari-cari menu khusus untuk orang sado, EventKaffe (instagram @eventkaffe) yang baru dibuka di 6-1 Jalan Rampai Niaga 1, Rampai Business Park, Kuala Lumpur boleh menjadi rujukan bagi anda yang impikan badan cantik dan berotot.