suria

Kuih Lapis

KEBIASAANNYA pada bulan puasa, setiap kali melihat kuih berwarna warni pasti akan rasa terliur, mungkin kerana menahan lapar dan dahaga seharian menjalani ibadah itu.

Namun, kadang kala keindahan kuih pada warnanya tidak menjamin keenakannya. Jadi, apa kata anda mencuba sendiri resipi istimewa ini untuk juadah berbuka puasa nanti.

Bahan-bahan: 

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 cawan santan 
1 cawan air panas
2 cawan gula
Secubit garam
Pewarna merah – 2 sudu teh

Cara-cara:

1. Gaul dan bancuh tepung beras, tepung gandum, santan, air panas, gula dan garam. Tapiskan.
2. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna ke dalam setiap bahagian.
4. Panaskan loyang berukuran 8 inc dan sapukan sedikit minyak.
5. Masukkan adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan dengan adunan putih dan kukus selama 5 minit.
7. Ikuti dengan warna merah.
8. Ulang proses hingga habis adunan dan diakhiri dengan lapisan warna merah dibahagian atas sekali. 
9. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis.
10. Bila dah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam.
11. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong dengan pisau plastik. 

Selamat mencuba! - resipi oleh Merang Suria Resort

kuih lapis

Artikel Sebelum

Tepung Pelita

Artikel Lain