suria

Bufet Churrascaria Goda Pencinta Daging

-fotoTheWestinKL

BAGI mereka yang menggemari hidangan berasaskan daging, berkunjung ke Splash di The Westin, Kuala Lumpur untuk menikmati bufet Churrascaria Brazil adalah satu kemestian.

Di sini, pelanggan ditawarkan aneka pilihan daging bakar dan juga makanan laut yang pastinya menggoda deria rasa.

Tarikan utama di sini pastinya hidangan klasik abad ke-17 dari Brazil iaitu barbeku Churrascoro.

Demi mengekalkan keaslian rasa hidangan tersebut, pasukan chef membuat perapan daging menggunakan rempah-ratus tradisional sebelum ia dibakar menggunakan pemanggang Churrasco yang diilhamkan dari Brazil.

-fotoTheWestinKL

Menerusi bufet ini juga, pelanggan boleh memilih untuk menikmati daging kambing, lembu, ayam atau makanan laut seperti udang, pelbagai pilihan ikan, scalop dan banyak lagi.

Hidangan bufet tersebut turut didatangkan dengan sajian sampingan seperti salad dan pencuci mulut.

-fotoTheWestinKL

Selain keenakan hidangan istimewa yang tidak perlu dipertikaikan lagi, Splash turut menawarkan pengalaman menikmati hidangan dalam suasana indah dan mendamaikan.

Dikelilingi hiasan berasaskan tropika, Splash bagaikan sebuah lokasi untuk pelanggan lari seketika dari kesibukan kota raya.

Lokasinya yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang juga pastinya mudah untuk dikunjungi.

Pengalaman menikmati hidangan enak sambil menikmati keindahan persekitaran Splash menjanjikan sesuatu yang menarik dan mampu menggoda pelanggan untuk terus berkunjung lagi ke sini di lain waktu.

Bagi mereka yang mahu menikmati buffet Churrascaria Brazil, ia ditawarkan pada harga RM138++ setiap seorang, bermula 3 November ini.

Selain buffet Churrascaria Brazil yang hanya ditawarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu dari pukul 6.30 petang hinga 10.30 malam, operasi biasa bar dan restorannya adalah dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

daging, bufet Churrascaria, Westin KL

Artikel Sebelum

Jom Cuba Apom Balik 46 Rasa

Artikel Berikut

Penangan Ketam Raja

Artikel Lain