suria

Kerabu telur masin

SELAIN menjadi pelengkap rasa, telur masin juga boleh dihidangkan menjadi salad dan lauk sampingan kepada juadah berbuka puasa.

Bahan-bahan: 

Telur masin   
Gula   
Garam   
Limau nipis   
Udang kering   
Cili padi   
Halia   
Bawang merah   
Daun ketumbar

Cara-cara: 

1. Rebus telur masin terlebih dahulu. Kupaskan kulitnya dan potong nipis. 

2. Dalam satu bekas, sediakan sos. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis. Kacau sehingga sebati. 

3. Dalam pinggan hidangan, susun telur masin. Kemudian, taburkan bawang merah, halia, cili padi yang telah dipotong halus dan udang kering yang ditumbuk kasar. 

4. Taburkan daun ketumbar ke atas hidangan. 

5. Tuangkan sos yang telah disediakan dengan rata. 

Resipi ini disediakan oleh Chef Adamdidam.

kerabu telur masin

Artikel Lain