SHAH ALAM: Ada antara pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak pernah memohon untuk mengikuti mana-mana kursus di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).Namun mereka menerima panggilan bertali arus daripada pihak IPTS sejurus selepas menerima keputusan SPM pada Mac lepas.Malahan ada antara mereka yang tidak pernah mendengar nama IPTS berkenaan sebelum ini pun.Sejak itu juga kebanyakan pelajar sudahpun membuat permohonan kepada pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan Unit Pusat Universiti (UPU) mengikut citarasa masing-masing.Manakala ada yang sudah memohon lebih awal menggunakan keputusan peperiksaan percubaan 2009.Kebanyakan ibu-bapa serta anggota keluarga yang terdekat turut terlibat dalam memberi dorongan serta bantuan untuk memohon tempat pengajian.Antara mereka ialah S. Hadi Abdullah yang memberi dorongan kepada anak perempuan ketiganya, Atieqah, memohon tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa pihak UPU membuka permohonan melalui Internet selama sebulan.Kemudian, keputusan penerimaan permohonan diumumkan pada 1 Mei 2010 dengan Atieqah yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM 2009, menerima dua tawaran pilihan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.MEMILIH IPTA "Saya telah ditawarkan tempat di pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Melaka dan baru-baru ini pula menerima tawaran untuk mengikuti kursus Matrikulasi Sains di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam. Tak jauh dari rumah keluarga kami."Sesuai sekali. Lagipun ayah saya seorang pesara, jadi tawaran IPTA ini amat saya alu-alukan. Alhamdulilah," kata Atieqah.Ramai di kalangan rakannya telah menerima pelbagai tawaran dan tidak dinafikan mereka yang menerima lebih daripada satu tawaran mempunyai keputusan yang baik.Rata-rata bersetuju, ibu-bapa mereka memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan untuk melangkah ke pusat pengajian tinggi.BIDANG PILIHAN LEBIH UTAMASeorang kakitangan sebuah bank di Selangor pula menceritakan tentang tawaran yang diterima anak lelakinya, seorang bekas pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh berprestasi tinggi di Cyberjaya.Abdul Shukor Zainol Abidin berkata; "Anak saya dapat tawaran ke Kanada untuk kursus kejuruteraan dan matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran. Dia menolak kedua-duanya. Anak saya mahu mengambil jurusan perubatan saja, jadi dia masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kursus tajaan Kementerian Kesihatan dan MARA."Harap-harap dia berjaya untuk mengejar cita-citanya."Seorang lagi pelajar perempuan masih belum dapat memutuskan ke mana beliau akan melanjutkan pelajarannya.Menurut Adeline Baig, yang memperoleh 4A dalam SPM baru-baru ini yang dia telah menerima tawaran melanjutkan pengajian di Utara Semananjung dalam bidang Analisis Perbankan."Itu bukan kursus yang saya mahu dan saya tidak memohon untuknya. Saya juga telah ditawarkan tempat di Tingkatan Enam dalam aliran sains. Saya telah merayu kepada UPU untuk kursus pilihan saya di Universiti Islam Antarabangsa sementara menunggu masuk ke tingkatan enam," katanya.Rayuan untuk melanjutkan pengajian di IPTA ditutup pada 14 Mei.BELAJAR DI IPTS Reshnu Suri, turut memperoleh keputusan baik dalam SPM khasnya dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ayahnya, yang mahu dikenali sebagai Suri sahaja, mempunyai wawasan untuk anak perempuannya ini."Saya percaya bidang pergigian, farmasi dan perubatan sajalah yang akan menjamin pekerjaan tidak kira kedudukan ekonomi tempatan mahupun global. Saya akan berusaha memastikan anak saya mengambil A Level di sebuah kolej swasta. Saya tahu persaingan untuk memasuki IPTA agak sengit," kata Suri kepada Bernama.Kos pengajian di IPTS sememangnya lebih tinggi tetapi ramai menyedari bahawa skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membantu mereka merealisasi impian memulakan pengajian di IPTS.Reshnu kini sudahpun memulakan pengajian di Kolej Universiti MAHSA, dalam bidang farmasi, sedangkan mereka yang mendapat tempat di IPTA memulakan pengajian pada minggu terakhir Mei atau awal Jun.Begitu juga dengan Lee Huey Min, dengan keputusan 8A dalam SPM yang meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan di sebuah IPTS."Masuk IPTS buat perakaunan, itu pilihan pertama supaya boleh buat kursus profesional dalam bidang perakaunan," kata Huey Min.BIDANG MEDIATharanee Tharan, seorang pelajar lelaki yang dikenali kerana budi pekertinya yang positif, lebih bernasib baik kerana sudahpun menerima biasiswa pelajaran untuk bidang yang diminatinya."Mula-mula ibu-bapa saya tidak menggalakkannya. Saya mahu mengambil jurusan perfileman. Kelas saya sebenarnya sudah bermula sebelum keputusan SPM dikeluarkan lagi. Sekolah beri surat sokongan. Walaupun saya kini pelajar kursus diploma dalam komunikasi, saya akan pastikan saya ke peringkat ijazah dengan pengkhususan dalam bidang filem. Itu cita-cita saya," kata Tharan, yang kini belajar di sebuah IPTS di Cyberjaya.Apa yang nyata, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk lepasan SPM masa kini sudah menjadi satu perkara biasa.Rata-rata tidak mahu ketinggalan dalam mengejar ilmu. Kolej dan universiti turut merasakan ia satu kebaikan untuk bidang pendidikan yang mereka niagakan ini.KOS DAN PINJAMANKos pra universiti, termasuk kursus peringkat asasi dan diploma di IPTS tidak kurang daripada RM12,000 setahun.Pihak PTPTN hanya menawarkan pinjaman sebanyak RM8,000 untuk penuntut yang memohon pinjaman di peringkat ini.Ramai di ibu-bapa merasakan ia sesuatu yang masih boleh diusahakan.Kos kursus kejuruteraan selama empat tahun di IPTS adalah sekitar RM50,000 ditambah setahun di peringkat asasi, jumlahnya sudah mencapai RM62,000 dan ia tidak termasuk kos penginapan, nota tambahan dan perbelanjaan makan seharian penuntut yang menghadiri kursus itu.Program ijazah berkembar atau twinning dalam bidang senibina di IPTS dengan dua tahun pengajian di New Zealand atau Australia pula memerlukan perbelajaan hampir RM65,000 untuk keseluruhan kursus.Kursus dalam bidang psikologi di IPTS dengan dua tahun akhir pengajian di Amerika Syarikat bergantung secara langsung kepada nilai tukaran wang asing dengan kos dua tahun pertama di dalam negara menjangkau RM25,000.Apa yang nyata, kos menimba ilmu semakin tinggi dan penuntut pula semakin menumpukan pada jurusan dan kolej pilihan mereka.- BERNAMA