KUALA LUMPUR: MCA akan terus berusaha mendapatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina, kata presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.Beliau berkata pengiktirafan terhadap UEC akan dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.Chua berkata acara hari ini di mana 50 pelajar cemerlang dari Sekolah Tinggi Persendirian Cina dianugerahi dana pendidikan dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) "adalah permulaan yang baik" dan mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kepentingan kaum Cina.Setiap penerima diberikan RM15,000 setahun untuk selama tiga tahun dengan jumlah RM750,000.Seramai 50 pelajar yang mengambil UEC tahun lepas terpilih untuk anugerah itu.Muhyiddin pernah dilaporkan berkata kerajaan tidak dapat mengiktiraf UEC kerana ia tidak mematuhi sukatan pelajaran kebangsaan. -BERNAMA