KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyeru graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) supaya menghargai dan meningkat ilmu pengetahuan mereka.Baginda yang juga Pengerusi Lembaga UIAM bertitah ilmu merupakan sumber kepada kejayaan, kekayaan, kuasa dan ramuan untuk menjadi pemimpin yang dapat menjuarai kemanusiaan dan peradaban.Baginda turut sukacita kerana UIAM menerima ranking teratas di kalangan universiti di negara ini bagi pengajaran dan pembelajarannya.Sultan Ahmad Shah bertitah demikian pada majlis konvokesyen ke-26 UIAM di sini hari ini di mana 4,334 graduan menerima ijazah masing-masing.Tiga orang pelajar kelainan upaya (OKU) adalah antara penerimanya.Salah seorang daripada mereka ialah Ahmad Zulkahfi Hayat Hussin, 24, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik selepas empat tahun berhempas pulas belajar di kampus Kuantan. Memberitahu pemberita, beliau berkata meskipun terdapat anggota masyarakat yang memandang serong terhadap dirinya yang cacat, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya."Walaupun ada orang mengejek dan memperlekehkan insan OKU seperti saya, tetapi semua itu lebih memotivasikan saya untuk lebih berjaya," katanya yang berasal dari Batu Buruk, Terengganu.Ahmad Zulkahfi mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. - BERNAMA