suria

UPM Menang Anugerah Platinum, 2 Emas BIS

Bakri Bakar @ Ismail (kiri) dan Dr. Mohd Yunus Abd Shukor bersama pingat masing-masing di London Baru-baru ini.
Bakri Bakar @ Ismail (kiri) dan Dr. Mohd Yunus Abd Shukor bersama pingat masing-masing di London Baru-baru ini.
Bakri Bakar @ Ismail (kiri) dan Dr. Mohd Yunus Abd Shukor bersama pingat masing-masing di London Baru-baru ini.

LONDON: Dua penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih Anugerah Khas Platinum dan dua pingat emas di Pameran Antarabangsa Rekaan British (BIS 2010) di Alexandra Palace di sini baru-baru ini.

Anugerah Khas Platinum dan satu pingat emas dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Mohd Yunus Abd Shukor dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dengan produknya Multiple Xenoassay Kit for detecting Environmental Toxicants.

Produk yang turut memenangi pingat emas itu merupakan kit untuk menentukan kandungan logam berat tercemar dan toksid dalam air dengan mencampurkan sampel yang diuji dengan enzim di dalam kit.

Pertukaran warna kepada biru menjukkan kehadiran logam berat manakala perubahan kepada warna perang menunjukkan ketiadaan bahan berkenaan. Teknik tersebut sensitif kepada beberapa jenis logam berat seperti merkuri, argentum, plumbum, zink, kadmium dan kuprum.

Sementara itu, pingat emas kedua dimenangi oleh Bakri Bakar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina dengan projek SRAS-Self Retaining Anal Speculum iaitu produk yang berfungsi sebagai alat bantuan pakar bedah ketika memeriksa kawasan hujung dubur manusia.

Alat pakai buang plastik bio-komposit ini dimasukkan dari luar anus sehingga rektum pesakit untuk memudahkan pemeriksaan dan pembedahan pesakit serta mengurangkan infeksi pencemaran.

Sebanyak 92 produk yang telah dipertandingkan dari seluruh dunia termasuk empat institusi pengajian tinggi awam dan satu institut penyelidikan dari Malaysia.

Artikel Lain