KUALA LUMPUR: Produk penyelidikan Universiti Putra Malaysia berjaya meraih Anugerah Khas, tiga pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa pada pameran BioMalaysia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC) baru-baru ini.Pameran berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.Anugerah Khas dan pingat emas diperoleh Prof. Dr. Yaakob Che Man dari Institut Penyelidikan Produk Halal dengan produk HaFYS-Porcine DNA Test Kit yang dapat mengesan deoxyribonucleic acid (DNA) babi dalam masa sejam.Turut memenangi pingat itu ialah Prof. Madya Dr. H’ng Paik San dari Fakulti Perhutanan dengan produk Optimum Bioconversion Process of Lignocellulosic Waste to Ethanol mengenai kegunaan sisa industri pertanian dan sisa berasaskan kayu untuk pengeluaran maksimum glukosa dan bioetanol melalui proses hidrolisis.Pingat emas ketiga dimenangi oleh Hasry Yunardi Hassan dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina dengan produk Food Marinate Container yang berfungsi untuk memerap bahan makanan mentah menggunakan sistem vakum pam berserta penentu waktu dan sesuai digunakan oleh suri rumah.Manakala dua pingat perak dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Shuhaimi Mustafa dari Institut Penyelidikan Produk Halal dengan produk Halal Encapsulation for bifidobacteria dan Dr. Ahmad Bustamam Abdul dari Institut Biosains dengan produk A New Potential Anti Leukemic from a Local Tropical Plant. Pingat gangsa pula dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Jalaluddin Harun dari Institut Perhutanan Tropikal dan Produk Hutan dengan produk New Approach to Use of Kenaf for Paper and Paperboard Production, Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Mior Ahmad (Morphology and Pathogenicity of Synchytrium: the Malaysian Chytrid), Dr. Rajesh Ramasamy (Mesenchymal Stem Cells modulate Neutrophils' Respiratory Burst Activity: an Impact on Chronic Inflammatory Diseases) dan Dr. Rusliza Basir (Orthosiphon stamineus Leaf Extract Protects Against Ethanol-Induced Gastropathy in Rats).