suria

UPM Raih Dua Pingat Emas Di Jerman

Dr. Jayakaran Mukundan (kiri) dan Prof. Ir. Barkawi Saharai bersama pingat emas yang dimenangi oleh mereka di Jerman baru-baru ini.

NUREMBERG, Jerman: Dua produk penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih pingat emas pada International Exhibition of Ideas, Inventions New Products (iENA) 2010 di sini pada 28 hingga 31 Oktober lalu.

Penerima pingat emas berkenaan ialah Prof. Ir. Dr. Barkawi Sahari dari Institut Teknologi Maju dengan hasil penyelidikannya Crashworthy and Safe Natural Gas Vehicle Front Platform.

Produk itu merupakan platform hadapan kereta untuk menyokong dua tangki gas asli berbentuk silinder di bawah dua tempat duduk hadapan.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Jayakaran Mukundan dari Fakulti Pengajian Pendidikan telah memenangi pingat emas dengan produk One Stop World List Creator dan Retrotext E 2.0.

Produk berkenaan merupakan perisian yang membantu guru menyimpan metodologi pengajaran serta penilaian bahan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas serta menyimpan taburan perkataan yang baru diajar.

Sebanyak lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan satu institut penyelidikan telah menyertai pameran tersebut.

Artikel Lain