suria

Malaysia Muncul Juara Pertandingan Pereka Cipta Muda Di Hanoi

KANGAR: Malaysia muncul juara dalam pertandingan di 7th International Exhibition For Young Inventors (7th IEYI 2020) di Hanoi, Vietnam pada 16 dan 17 Disember lepas, menerusi kejayaan kumpulan tujuh penyelidik muda ENVEX Young Researchers Club (EYReC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kumpulan itu meraih enam pingat emas, satu pingat gangsa, dan empat anugerah khas.

Mereka adalah antara 800 penyelidik muda dari seluruh dunia menyertai pertandingan yang mempertaruhkan 30 pingat emas.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan penyelidik generasi muda itu membuktikan bahawa aspek penyelidikan dan inovasi wajar diterapkan di peringkat akar umbi lagi di UniMAP.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan pada perasmian Ekspo Rekacipta dan Pameran Penyelidikan UniMAP 2010, di Dewan 2020, di sini, Rabu.

Kamarudin berkata, sebanyak 10 produk UniMAP telah difailkan paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ekspo sehari yang menyaksikan 230 produk rekacipta dan penyelidikan dipamer dan dipertandingkan itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu.

Md Isa dalam ucapan perasmiannya berharap UniMAP dapat membantu kerajaan negeri melakukan penyelidikan bukan sahaja terhadap anggur dan tumbuhan herba malah produk lain yang boleh dikomersialkan. - BERNAMA

Artikel Lain