JITRA: Pelajar yang tidak mampu menampung perbelanjaan pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian boleh memohon bantuan kerajaan, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.Beliau berkata permohonan boleh dibuat kepada agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA). Semua permohonan akan dipertimbang secepat mungkin kerana mereka perlu kembali ke sana sebelum 12 Mac, katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.Beliau turut meminta negeri-negeri yang belum membuat keputusan untuk membantu anak negeri masing-masing agar membuat keputusan segera. - BERNAMA