suria

Seminar Mengenai Isu Semasa Beri Pendedahan Kepada Penuntut UMS

LABUAN: Bagi memastikan bakal graduan tidak tersisih daripada isu semasa berkaitan dengan bidang pemasaran, satu seminar telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah diadakan baru-baru ini.

Kursus tersebut turut memberi peluang kepada penuntut untuk sama-sama membantu penganjuran seminat itu dengan mencari isu-isu semasa untuk dilakukan penyelidikan dan dibentang semasa seminat dijalankan.

Penglibatan menyeluruh mahasiswa seperti menyuarakan pendapat dan saling bertukar fikiran sememangnya membantu para penuntut bukan sahaja untuk pengetahuan am mereka tetapi juga dalam menguatkan keyakinan penuntut apabila beralih ke bidang pekerjaan kelak.

Menurut Professor Madya Dr. Norazah Mohd Suki, beliau amat menitikberatkan isu semasa agar penuntut sentiasa berada sama tinggi dengan peredaran semasa terutamanya dalam bidang pemasaran,bukan saja di peringkat negara malah di peringkat global.

Antara isu yang dibangkitkan adalah pasaran hijau, hubungan pasaran, pasaran vs. v (viral) pasaran dan juga kebenaran dan pasaran.

Seminar tersebut turut dihadiri oleh penuntut yang mengikuti kursus pemasan antarabangsa (HE21) seramai 102 orang. Kesemua penuntut yang terlibat adalah pelajar semester akhir kursus pemasaran antarabangsa (HE21).

Pada seminar itu, pihak universiti juga telah menjemput beberapa penceramah jemputan yang berpengalaman dari luar kampus untuk turut memberikan ceramah berkaitan dengan isu-isu semasa pemasaran antarabangsa.

Artikel Lain