Dr Ismi Arif dan Prof Madya Dr Steven Eric KraussKUALA LUMPUR: Dua pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkul Anugerah MAPIM kategori Makalah Jurnal Terbaik Kemanusiaan dan Sains Sosial pada Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM 2010) di sini baru-baru ini.Prof. Madya Dr Steven Eric Krauss dan Dr Ismi Arif Ismail, kedua-duanya dari Fakulti Pengajian Pendidikan UPM menerima hadiah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Ab. Rahim Md Noor bernilai RM7,000.Jurnal bertajuk ‘PhD Students’ Experiences of Thesis Supervision: ‘Management’ as Acceprance and Strategy for Action’ diterbitkan di dalam jurnal Pertanika Journal of Social AScience & Humanities terbitan Penerbit UPM.Dr Ismi Arif berkata, makalah yang ditulis berdasarkan penyelidikan yang dijalankan selama setahun itu memuatkan pengalaman yang dilalui pelajar siswazah dalam menguruskan hubungan penyeliaan PhD mereka.“Maklumat tentang proses dan strategi memberi manfaat dan panduan kepada pelajar siswazah dan penyelia dalam memainkan peranan masing-masing secara sistematik dan beretika bagi memastikan kelangsungan hubungan penyeliaan yang intim ini berjalan secara profesional dan penuh hikmah.“Justeru kami menjalankan kajian dengan menemubual dan mengadakan perbincangan kumpulan berfokus kepada 18 pelajar PhD dari pelbagai bidang mengenai pengurusan ‘hubungan penyeliaan’ dan penyelia masing-masing,” ujarnya.Sementara itu Dr Steven pula berkata, penulisan itu diiktiraf oleh sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu dan selamat dari ‘diskriminasi intelektual’ sesetengah pihak yang terlalu menuntut keseragaman sehingga sukar menghargai keunikan sumbangan sesuatu makalah.Anugerah MAPIM kategori makalah jurnal terbaik terbahagi kepada dua kategori iaitu bidang sains, teknologi dan perubatan serta bidang kemanusiaan dan sains sosial.Pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Abdul Rahim Md Noor turut melancarkan 34 buah buku terbitan terkini anggota MAPIM termasuk oleh Penerbit UPM iaitu Amalan Protokol & Etiket hasil tulisan Mokhtar Tohar dan Direktori Bunga Wangi oleh Badrain Ibrahim dan Robi Saad.Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik.MAPIM mula diadakan pada 21 Februari 2008 dan kini menjadi program tahunan.