MELAKA: Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan University of Adelaide, Australia menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA)bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang akademik.Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata University of Adelaide sedia bekerjasama dengan KAYM bagi menjalin hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa."MOA ini merangkumi kerjasama bagi program perpindahan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di mana para pelajar akan belajar selama dua tahun di KAYM dan seterusnya dua tahun di universiti tersebut."Bagi bidang pengajian Sains Komputer, Perniagaan dan Perakaunan, para pelajar akan memulakan pengajian selama satu setengah tahun di KAYM sementara dua tahun seterusnya di universiti itu," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.Saroni berkata melalui kerjasama itu kerajaan dapat mengurangkan kos perbelanjaan menghantar pelajar ke luar negara apabila program itu dilaksanakan. Pada majlis MoA itu, Saroni menandatangani bagi pihak KAYM sementara University of Adelaide diwakili Timbalan Dekan Antarabangsa, Fakulti Kejuruteraan, Komputer dan Sains Matematik universiti tersebut, Dr Yung Ngothai.Katanya, majlis pertukaran MoA itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sempena perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung baru-baru ini. - BERNAMA