Bantuan itu digunakan untuk membeli makanan, ubatan serta pakaian untuk kegunaan pelarian di kem tersebut, yang dihuni banyak wanita dan kanak-kanak.
Program anjuran Persatuan Alumni UTeM, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Malaysia Cawangan UTeM dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia itu diketuai Pengarah Pusat Islam UTeM Dr. Radzuan Nordin.
Ketika ini dianggarkan antara 600,000 hingga 1 juta pelarian Syria berada di kem pelarian yang terletak di sempadan Jordan itu.