VINCENT Siow memakai seluar jeans yang kotor dan rambutnya kelihatan kusut ketika ditemui kami semasa waktu rehat pada hari dia bekerja. Jika ada yang memberitahu kami bahawa dia sebenarnya adalah seorang pegawai pajakan untuk sebuah pusat membeli-belah, kami akan menganggap dia juga merupakan seorang penggiat seni di sebelah malam. Kami mungkin betul. Hanya pada Oktober lepas, Siow melancarkan Comoddity, label fesyen pakaian lelaki yang diusahakannya sendiri selepas habis waktu kerjanya di sebelah pagi. "Saya lakukan semuanya sendiri dari rekaan, membangunkan laman web, penghantaran tempahan malah mengendalikan akaun media sosial, yang dilihat seperti kerja sepenuh masa," kata Siow, 25. Usahanya dalam Comoddity berbayar dalam bidang fesyen apabila Siow menerima geran kerjaan menerusi MyCreative Ventures (satu cabang pelaburan di bawah Kementerian Kewangan) dan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas. Walaupun tiada pengalaman dalam industri fesyen tempatan, Siow mampu menarik perhatian panal-panal yang pakar dalam industri dengan pelan perniagaannya yang menandingi segelintir pereka yang sedia ada untuk mendapatkan geran tersebut, untuk digunakannya bagi melancarkan Comoddity ke peringkat seterusnya. "Beliau berkata 'Saya rasa saya boleh pakai antara kesemua ini (pakaian-pakaian)." kata Liow mengenai pertemuannya dengan Najib ketika dia menunjukkan koleksinya. "Beliau turut berkata "Awak benar-benar menyukai zip kan? disebabkan beberapa koleksi mempunyai banyak zip." Walaupun mempunyai kesemua 30 rekaan dalam koleksi Comoddity yang merupakan pakaian 'smar-casual', Siow masih belum melihat dirinya sebagai seorang pereka fesyen."Saya tidak akan membandingkan diri saya dengan Melinda Looi dan Zang Toi. Mereka sebenarnya membuat rekaan dan menjahit. Saya menghantar rekaan saya kepada tukang jahit dan membuatnya untuk saya." Malah sebelum mendapat geran berkenaan, Siow mencuba nasib dengan mendapatkan tukang jahit yang menghasilkan rekaannya dalam lencana-lencana kecil, dan kemudiannya dijual di Internet. "Dengan geran ini, saya dapat membuat penghasilan lebih banyak, yang menjadikannya lebih murah." Selain laman webnya di thecomoddity.com dan Facebook, facebook.com/thecomoddity, rekaan Siow turut boleh didapati di laman web fesyen popular, Asos.com.