MEMAKAI kurta bukanlah satu gaya baharu di negara kita kerana sebelum ini ia dikenali sebagai pakaian tradisional bagi penganut agama Hindu dan Sikh. Tetapi penulis ingin jelaskan bahawa kurta tidak melambangkan sesuatu agama sebaliknya ia pakaian tradisional di Afghanistan, Pakistan, India, Bangladesh, Nepal dan Sri Langka. Penganut pelbagai agama memakai pakaian tersebut mengikut corak dan gaya masing-masing. Untuk pengetahuan pembaca mStar Online, kurta berasal daripada Bahasa Bengali. Pakaian longgar yang panjangnya mencecah sehingga paras lutut itu biasanya diperbuat daripada fabrik jenis linen dan kapas. Kurta selalunya dipakai bersama seluar panjang yang dipanggil paijama atau salwar dan di tepi kurta terdapat belahan panjang untuk memudahkan pergerakan si pemakai. Bagi melengkapkan penulisan mengenai kurta ini kepada pembaca, penulis berusaha mendapatkan individu yang arif tentangnya, supaya kita dapat memahami lebih lanjut serta dapat membeli kurta yang sesuai dengan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Puas berjalan, akhirnya penulis bertemu dengan Asril Khushairi Adnan, 38 (gambar) yang telah mengusahakan pembuatan jubah, kurta asli dan moden sejak hampir 5 tahun lalu. Keistimewaan kurta keluaran Asril Khushairi adalah kurta pelikat yang diubah suai menjadi kurta moden dan berkolar. Apabila disoal kenapa kurta itu diubah kepada berkolar dan menggunakan kain pelikat dan apa istimewanya. Asril Khushairi menjawab," kurta pelikat berkolar nampak lebih menarik dan moden, malah ianya kini menjadi pilihan anak-anak muda serta semua peringkat usia." Kurta pelikat yang dihasilkan oleh Asril Khushairi adalah daripada kain yang berkualiti iaitu pelikat benang 9000, 7000 dan 5000. Ia lebih menarik dan kelihatan santai selain sesuai untuk dipakai pada setiap masa. Kurta keluaran pemuda itu turut menjadi pilihan dan mendapat tempahan daripada pengusaha kurta dan jubah malahan ada juga butik-butik. Bagi menghasilkan kurta pelikat, Asril Khushairi mendapatkan fabrik berjenama dari Indonesia seperti Gajah Duduk, Atlas dan Mangga kerana selesa dipakai. Selain itu, kurta keluaran Asril Khushairi turut mendapat tempahan dari sekolah-sekolah agama dan pusat tahfiz. Berikutan itu, dia menjual kurta dan jubah itu pada harga terendah kepada sekolah-sekolah tersebut sebagai sedekah dan bantuan sesama Islam. Selain itu kurta dan jubah keluaran Asril Khushairi juga berkualiti dengan jahitan yang kemas dan kukuh. "Saya mengupah tukang jahit untuk menghasilkan jubah dan kurta. Kekemasan jahitan diberi keutamaan untuk menjaga mutu serta kepuasan pelanggan yang memakai. "Selain saya, perniagaan ini turut diusahakan oleh dua adik iaitu Asnil Khushairi dan Asnol Khushairi," ujarnya. Selain kurta pelikat, dia dan dua adiknya turut sedang berusaha menghasilkan jubah pelikat kerana remaja kini semakin gemar memakai jubah dalam majlis keagamaan. Selepas diberi penerangan mengenai kurta, penulis turut dibawa meninjau gerai Asril Khushairi di perkarangan Masjid Semilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tidak dapat dinafikan bahawa penulis turut tertarik dengan seluar panjang yang dipanggil paijama atau salwar kerana mempunyai pelbagai warna dan corak. Ketika melihat jahitan dan corak, penulis turut terkejut dengan harga seluar itu yang disifatkan terlalu murah. Seluar paijama atau salwar ini dijual pada harga RM15 hingga RM20 sahaja sedangkan fabrik yang digunakan berkualiti. Selain di perkarangan masjid, Asril Khushairi turut menjualnya Taman Pauh, Jalan Permatang Pauh, Seberenag Perai Tengah. Kepada pembaca yang berminat dengan kurta, jubah atau paijama yang berkualiti dan berkonsep moden itu bolehlah menghubungi Asril, Asnil atau Asnol ditalian 0195779815 atau 0174723005.