suria

Anak nakal anak hiper

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif.

Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya.

Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik.

Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti.

Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain.

Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan.

Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga. Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.

Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang.

Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan.

Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka.

Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi.

Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak.

Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun.

Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia.

Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Sumber:Shuib Sulaiman http://www.eratimur.com

Salaam

AMRI EL WAHAB 68000 Ampang, Selangor MALAYSIA http://wahabamri.blogspot.com

Artikel Sebelum

Artikel Lain